Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Rabu ini

DALAM NEGARA

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Rabu ini

Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan melakukan cerapan hilal syawal 1440H/2019M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5 Jun 2019,” katanya.

Laporan Bernama yang dipetik Sinar Harian itu menyebutkan pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading