Aliran trafik di lebuh raya utama lancar pagi ini

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor lancar dan terkawal setakat 9 pagi ini.

Sinar Harian memetik laporan Bernama menyebutkan jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, aliran trafik menuju ke utara dan selatan masih lancar.

“Aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah petang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

“Trafik sedikit perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak berikutan pertambahan kenderaan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik.

Leave a Reply