TARIKH SEBENAR 1 SYAWAL DITENTUKAN PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA
Penentuan tarikh-tarikh penting dalam Islam diputuskan oleh pihak berautoriti yang memiliki kepakaran dalam bidang berkaitan selain dipantau oleh mufti setiap negeri.
KUALA LUMPUR: Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri hanya boleh ditentukan pemerintah agama iaitu Majlis Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Penolong Pengarah Kanak Seksen Kajian Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Khairul Anuar Yazid berkata, penentuan tarikh-tarikh penting dalam Islam diputuskan oleh pihak berautoriti yang memiliki kepakaran dalam bidang berkaitan selain dipantau oleh mufti setiap negeri.
“Daripada bermula cerapan, pembinaan takwim, pengisytiharan Hari Raya Puasa, kita mempunyai sistem baik yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
“Pengiraan atau telahan boleh dibuat tapi kena akur kepada keputusan yang diamanahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” katanya.
Tambahnya, negara memiliki kepakaran dan teknologi yang sistematik serta menjadi contoh kepada pihak berautoriti di negara Islam yang lain dalam bidang falak.
Jelasnya lagi, data yang diguna pakai adalah dari sumber berautoriti dan bukan dari mana-mana pihak seperti di sesetengah negara.
Kaedah untuk menentukan tarikh juga berbeza bagi setiap negara.
Sejak 1978, Malaysia secara rasmi mengamalkan kaedah ‘rukyah’ dan ‘hisab’ berdasarkan kriteria ‘Imkanur Rukyah’ yang disepakati bersama beberapa negara serantau seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Selain itu katanya, sejak kaedah cerapan juga dikemas kini dari semasa ke semasa bagi mendapatkan bacaan yang tepat.
Terdahulu, JAKIM dalam satu kenyataan memaklumkan penentuan awal Syawal bagi tahun ini akan dibuat melalui proses cerapan rasmi di 29 lokasi di seluruh negara pada petang 29 Ramadan, bersamaan 1 Mei nanti.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests