Connect with us

ALHIJRAH NEWS

Usul dana politik lebih perlu diutamakan

DALAM NEGARA

Usul dana politik lebih perlu diutamakan

Dr Muhammad Fathi Yusof

KUALA LUMPUR – Usul berkenaan undang-undang dana politik berkaitan pembiayaan parti adalah lebih penting dan wajar diberi keutamaan untuk dikemukakan berbanding mewajibkan Ahli Parlimen mengisytiharkan harta masing-masing.

Pakar perlembagaan yang juga Felo Penyelidik Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ini kerana negara telah jauh ketinggalan dalam perkara itu berbanding negara-negara lain.

Justeru itu sudah tiba masanya undang-undang dana politik berkaitan pembiayaan parti di negara ini digubal dan diteliti sebagai usaha untuk membanteras amalan rasuah, jelas beliau semalam sebagaimana dipetik Sinar Harian.

Menurut beliau lagi melalui laman Facebooknya, agenda yang lama tertangguh iaitu untuk memperkenalkan Akta Dana Politik seharusnya diteruskan .

Undang-undang dana politik ini bertujuan menghalang pemberian wang atau dana daripada ahli dan penyokong parti yang mengharapkan sesuatu sebagai balasan yang akhirnya menjurus kepada rasuah.

Berbanding isytihar harta, ia hanyalah mekanisme sokongan untuk memantau pemimpin atau ahli politik agar tidak terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah.

Dewan Rakyat pada Isnin lalu sebulat suara meluluskan usul untuk mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang dan keluarga mereka mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Usul yang dibentangkan itu terpakai kepada semua Ahli Dewan Rakyat, suami atau isteri, anak yang berumur 21 tahun ke bawah dan semua pemegang amanah yang berkaitan.

Pada 27 Jun lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, usul untuk mewajibkan setiap wakil rakyat perlu mengisytiharkan harta masing-masing akan dibentangkan dalam sidang Parlimen.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading