Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS JATUH LAUT KETIKA BERSIHKAN KIPAS BOT

DALAM NEGARA

WARGA EMAS JATUH LAUT KETIKA BERSIHKAN KIPAS BOT

Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas didakwa terjatuh ke dalam laut di sebuah jeti nelayan di Jalan Tambak-Pontian Kecil di Pontian, hari ini.

Sumber: BERNAMA

PONTIAN: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas didakwa terjatuh ke dalam laut di sebuah jeti nelayan di Jalan Tambak-Pontian Kecil di sini, hari ini.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru Penolong Kanan Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 12.02 tengah hari.

“Lelaki warga tempatan berusia 65 tahun dipercayai jatuh ketika membuat kerja pembersihan bilah kipas bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahadir berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 17 anggota BBP Pontian Baru dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kluang.

Sementara itu, Mahadir berkata mangsa ditemukan kira-kira 10 meter dari jeti pada 3.25 petang.

“Mayat dibawa naik oleh pasukan bomba dengan bantuan rakan mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading