JETI HARAM DI SEMPADAN KELANTAN-THAILAND AKAN DIROBOH OKTOBER – POLIS
Jeti di pangkalan haram sepanjang sempadan Kelantan-Thailand yang dibina di atas tanah kerajaan akan mula dirobohkan pada Oktober ini sebagai langkah membanteras jenayah rentas sempadan, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
KOTA BHARU: Jeti di pangkalan haram sepanjang sempadan Kelantan-Thailand yang dibina di atas tanah kerajaan akan mula dirobohkan pada Oktober ini sebagai langkah membanteras jenayah rentas sempadan, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Beliau berkata penduduk di kawasan terlibat telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan menerima tindakan berkenaan selepas kerajaan mengisytiharkan penutupan pangkalan haram sejak Disember tahun lepas.
“Sebanyak 153 daripada 212 pangkalan haram dikenal pasti dibina di atas tanah kerajaan akan diroboh, manakala selebihnya yang terletak di tanah persendirian akan diteliti pihak berkuasa tempatan di daerah masing-masing seperti Tumpat dan Pasir Mas dari sudut undang-undang.
“Kerja pemasangan notis peringatan sedang dilaksanakan dan setakat ini tiada bantahan diterima daripada penduduk,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bagi bulan September di sini, hari ini.
Beliau berkata walaupun pemasangan notis di tanah milik kerajaan tidak diwajibkan, langkah itu diambil sebagai peringatan agar penduduk tidak terbabit dengan sebarang aktiviti jenayah di kawasan tersebut.
Menurutnya, operasi perobohan itu akan diketuai Pejabat Tanah dan Jajahan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk polis bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.
Dalam perkembangan lain, Mohd Yusoff berkata dua daripada 12 Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am yang dibina Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 1 iaitu Pos Pak Antah dan Pos Pak Teh Kana telah diserahkan secara rasmi oleh JPS kepada Polis Diraja Malaysia pada 7 Sept lepas.
“Pos baharu ini lebih selesa dan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk rakaman kamera litar tertutup serta pagar keselamatan, manakala baki 10 pos lagi akan diserahkan secara berperingkat,” katanya.
Beliau menegaskan isu sempadan bukan sahaja membabitkan aspek keselamatan, tetapi juga kedaulatan negara memandangkan Kelantan menjadi pintu masuk utama yang berisiko tinggi terhadap aktiviti penyeludupan termasuk dadah, senjata api dan pendatang tanpa izin.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests