PENJUAL BUAH BEBAS DUA PERTUDUHAN MILIKI SENJATA API, PELURU TANPA LESEN SAH
Seorang penjual buah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas dua pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen sah.
KOTA BHARU: Seorang penjual buah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen sah.
Hakim Zulkifli Abllah membebaskan Mohd Haziman Hikamarhakimi, 38, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Zulkifli berkata pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan bahawa senjata berkenaan berada dalam milikan serta kawalan tertuduh.
“Adalah memadai bagi saya merumuskan bahawa dalam kes ini, pengetahuan tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Bagi pertuduhan berkaitan pistol dan peluru tersebut, saya berpendapat pendakwa raya gagal mengemukakan bukti kukuh terhadap orang kena tuduh (OKT).
“Saya dengan ini memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap intipati kedua-dua pertuduhan. Oleh itu, dengan kuasa yang ada pada saya, OKT dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.
Mahkamah turut mendapati terdapat percanggahan antara keterangan saksi pegawai penyiasat dan pegawai tangkapan.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Haziman didakwa memiliki senjata api iaitu pistol Beretta Patented Gardone V.T buatan Itali dan revolver 357 Magnum Cartridge Colt’s PT FA MFG CO Hartford Conn USA dengan nombor siri V16140 di sebuah rumah Lot 365, Jalan Long Yunus, Kampung Tanjung Chat di sini pada 11 malam, 12 Mac 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun serta enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Mohd Haziman juga didakwa memiliki pelbagai jenis peluru tanpa lesen sah iaitu empat amunisi 9MM Luger A USA, sembilan amunisi 9MM Luger NRC, lima amunisi 9MM Thai Arms, 18 amunisi 357 Mag Ap, satu amunisi 357 Mag A USA dan satu amunisi 9MM Luger PMC di lokasi, masa dan tarikh yang sama.
Kesalahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala peguam Datuk Geethan Ram Vincent mewakili tertuduh.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager