Connect with us

ALHIJRAH NEWS

WARGA EMAS MAUT SELEPAS REMPUH PAGAR SEKOLAH MEMANDU

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT SELEPAS REMPUH PAGAR SEKOLAH MEMANDU

Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta BMW yang dipandunya terbabas sebelum merempuh pagar sebuah institut memandu di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Alur Tuman pagi tadi.

MARANG: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta BMW yang dipandunya terbabas sebelum merempuh pagar sebuah institut memandu di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Alur Tuman pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 7.30 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 65 tahun yang sedang memandu dari Masjid Kelulut menuju ke rumahnya di Pulau Kerengga hilang kawalan sebelum kenderaannya terbabas ke bahu kanan jalan dan melanggar pagar institut memandu berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading