Connect with us

ALHIJRAH NEWS

WARTAWAN AL JAZEERA DITEMBAK MATI ISRAEL

DUNIA

WARTAWAN AL JAZEERA DITEMBAK MATI ISRAEL

ANKARA: Kementerian Luar Qatar pada Rabu mengecam pembunuhan seorang wartawan veteran Al Jazeera oleh tentera Israel di Tebing Barat yang dicerobohi, lapor Agensi Anadolu.

Pengamal media mengiringi jenazah wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh, 51 yang maut ditembak Israel. (Gambar: AFP)

ANKARA: Kementerian Luar Qatar pada Rabu mengecam pembunuhan seorang wartawan veteran Al Jazeera oleh tentera Israel di Tebing Barat yang dicerobohi, lapor Agensi Anadolu.

Wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh, 51, ditembak mati di bandar Jenin. Seorang lagi wartawan, Ali Al-Samoudi, ditembak di belakang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

“Penceroboh Israel membunuh wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh dengan menembaknya di muka  ketika beliau memakai jaket media dan topi keledar,” ciap Pembantu Menteri Luar Lolwah Alkhater di Twitter.

Alkhater menegaskan bahawa wartawan Akleh sedang membuat liputan serangan Israel ke atas kem pelarian Jenin apabila wartawan wanita itu dibunuh.

“Keganasan yang didokong negara Israel ini mesti dihentikan, sokongan tanpa syarat kepada Israel mesti ditamatkan,” tambahnya.  – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading