DALAM NEGARA
YADIM SUMBANG RM734,000 BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN
“Dalam program ini, tetamu yang hadir tidak perlu membeli belah, sebaliknya diberikan barangan keperluan harian secara percuma daripada YADIM.”
“Dalam program ini, tetamu yang hadir tidak perlu membeli belah, sebaliknya diberikan barangan keperluan harian secara percuma daripada YADIM.”

KUANTAN: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah memperuntukkan RM734,000 setakat ini, bagi menyantuni pelbagai lapisan masyarakat menerusi program seperti Souq@Keluarga Malaysia, Jualan Rakyat dan Malam Zikir Berkah, sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Pahang.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata usaha yang dilaksanakan YADIM, bagi meringankan beban kewangan mereka yang memerlukan itu satu perbuatan terpuji dan seharusnya diteruskan, supaya bantuan dapat sampai ke golongan sasar secara terus.
Selain Pahang, antara negeri yang telah disantuni YADIM menerusi program Souq@Keluarga Malaysia ialah Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan dan Kedah.
“Secara mudah, Souq ini ialah perkataan Bahasa Arab yang jika diterjemahkan difahami sebagai pasar untuk membeli belah. Namun dalam program ini, tetamu yang hadir tidak perlu membeli belah, sebaliknya diberikan barangan keperluan harian secara percuma daripada YADIM.
“Bantuan kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti B40, mualaf, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) termasuklah rakan-rakan bukan muslim,” katanya semasa berucap merasmikan Program Souq@Keluarga Malaysia di Masjid Jamek Beserah di sini hari ini.
Selain itu, beliau juga memaklumkan penganjuran Malam Zikir Berkah pula telah memanfaatkan 104 buah institusi pondok, rumah penjagaan warga emas dan rumah anak-anak yatim, dengan sumbangan sebanyak RM104,000.
Selain itu, RM300,000 pula diperuntukkan bagi penganjuran Jualan Rakyat membabitkan 1,000 jenis barangan keperluan seperti telur, minyak masak, gula, beras dan lain-lain dengan potongan harga sehingga 50 peratus.
Pada program itu, seramai 500 penerima menerima bantuan barangan dapur seperti beras dan ayam segar. –AlHijrah Hijrah
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Lokasi pengumpulan disediakan di penginapan di Makkah dan Mina bagi memudahkan para jemaah menyumbang kain ihram mereka...
Seorang wanita cedera selepas terjatuh dan tersepit di bawah sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) di...
Tiga individu termasuk pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar...
Selepas ini, Nadia merancang untuk pulang terus ke kampung halamannya di Batu Kurau, Perak dan menetap...
Kerajaan meminta pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.