Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HATI-HATI MEMAKAI PAKAIAN TEMA BOLLYWOOD, BIMBANG LANGGAR HUKUM ISLAM

DALAM NEGARA

HATI-HATI MEMAKAI PAKAIAN TEMA BOLLYWOOD, BIMBANG LANGGAR HUKUM ISLAM

Menjelaskan lebih lanjut beliau berkata, pemakaian ‘pottu’ dan ‘bindi’ di dahi merujuk kepada agama Hindu.

KUALA LUMPUR: Pakar perubatan Dr Malar Santhi Santherasegapan menerusi TikToknya menasihatkan wanita Islam agar berhati–hati ketika mengenakan pakaian bertemakan Bollywood kerana dikhuatiri melanggar hukum Islam.

Menjelaskan lebih lanjut beliau berkata, pemakaian ‘pottu’ dan ‘bindi’ di dahi merujuk kepada agama Hindu.

Katanya, pemakaian tema Bollywood mempunyai dua komponen iaitu komponen bangsa India dan komponen agama Hindu.

“Kalau awak nak pakai ‘tikka’ di atas dahi dan kepala, pakai sari, pakai rantai cantik, gelang, cincin, subang hidung itu tidak ada masalah kerana itu adalah budaya.

“Tetapi saya ada tengok rakan-rakan beragama Islam ada pakai ‘pottu’ atau ‘bindi’, ianya tidak boleh kerana ia merujuk kepada agama Hindu,” katanya dalam video tular di Tiktok.

Tegas Malar yang juga beragama Hindu, wanita Islam yang ingin memakai pemakaian tersebut perlu berhati-hati agar tindakan tersebut tidak melanggar hukum agama Islam.

“Berhati-hati dalam mengenakan tema Bollywood dan jangan sampai tersasar, ambil yang budaya sahaja, berhati-hati dengan komponen agama Hindu,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading