Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TV ALHIJRAH RAIH TIGA ANUGERAH SERI ANGKASA 2022

DALAM NEGARA

TV ALHIJRAH RAIH TIGA ANUGERAH SERI ANGKASA 2022

KUALA LUMPUR: Tiga program TV AlHijrah iaitu Al-Qariah, Hijrahkan Laguku, serta Ustaz Kartun dan Robojim dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022).

Al-Qariah oleh Penerbit Rosmawani Mat Zin dinobat pemenang bagi kategori Rancangan Agama TV Terbaik.

Manakala Hijrahkan Laguku oleh Penerbit Nurainah Nabeeha diumum pemenang kategori Rancangan Realiti TV Terbaik.

Program Ustaz Kartun dan Robojim hasil Pengarah Mohd Zahir Zainal Abidin pula menjadi pemenang kategori Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik.

Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi.

ASA 2022 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) berlangsung selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 Oktober 2022.

Anugerah berprestij itu turut disertai media-media utama negara seperti RTM, Astro dan Media Prima.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata kejayaan TV AlHijrah yang mampu bersaing dengan gergasi media negara amat membanggakan.

“Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan Allah SWT kepada TV AlHijrah hasil usaha warga kerja yang sentiasa berusaha menghasilkan kandungan dakwah terbaik untuk penonton.

“Kejayaan bersaing dengan gergasi media lain adalah satu bentuk pengiktirafan buat TV AlHijrah yang baru melangkah usia 12 tahun,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading