Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEKURANG-KURANGNYA 149 MAUT, 76 CEDERA DALAM INSIDEN REMPUHAN DI PESTA HALLOWEEN  DI SEOUL

DUNIA

SEKURANG-KURANGNYA 149 MAUT, 76 CEDERA DALAM INSIDEN REMPUHAN DI PESTA HALLOWEEN  DI SEOUL

Setakat awal pagi Ahad, seramai 149 orang termasuk dua warga asing disahkan terbunuh dengan 76 yang lain cedera, 57 daripadanya parah dan jumlah korban dijangka meningkat, menurut pihak berkuasa bomba.

Sumber gambar : Twitter

SEOUL: Sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh  manakala 76 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di daerah Itaewon, Seoul, melibatkan pengunjung yang menghadiri pesta Halloween, lapor Yonhap memetik pihak berkuasa bomba pada Ahad.

Insiden itu berlaku pada Sabtu malam di kawasan berhampiran Hotel Hamilton di pusat hiburan malam yang terkenal, menurut saksi.

Berpuluh-puluh ribu pengunjung melawat kawasan itu sempena pesta Halloween.

Setakat awal pagi Ahad, seramai 149 orang termasuk dua warga asing disahkan terbunuh dengan 76 yang lain cedera, 57 daripadanya parah dan jumlah korban dijangka meningkat, menurut pihak berkuasa bomba.

Kebanyakan mangsa dalam lingkungan 20-an, kata pihak berkuasa.

Pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian dan memberikan bantuan CPR ke atas berpuluh-puluh mangsa. 

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading