Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

13 MAUT DALAM SERANGAN REJIM SYRIA & RUSIA DI IDLIB

DUNIA

13 MAUT DALAM SERANGAN REJIM SYRIA & RUSIA DI IDLIB

IDLIB: Sekurang-kurangnya 13 maut dalam serangan udara rejim Syria dan Rusia di barat laut zon de-ekskalasi Idlib, kata kumpulan pertahanan awam Syria awal pagi tadi.

White Helmets dipetik agensi berita Anadolu sebagai berkata, 12 terbunuh dalam serangan di pusat bandar Idlib, manakala seorang lagi maut di Kafr Taal.

Rejim Bashar al-Assad dan sekutunya Rusia meningkatkan serangan udara dan darat di penempatan awam di zon de-ekskalasi itu

Idlib sebelum ini diisytiharkan sebagai zon de-ekskalasi oleh perjanjian Turki dan Rusia pada September 2018, di mana sebarang tindakan agresif adalah dilarang bagi melindungi orang awam.

Bagaimanapun, rejim Bashar dan Rusia mencabuli perjanjian gencatan senjata itu dengan serangan yang setakat ini mengorbankan lebih 1,800 orang awam.

Lebih 1.5 juta warga Syria melarikan diri ke sempadan Turki untuk perlindungan ekoran serangan rejim Bashar dan Rusia sejak tahun lalu.

Rejim Bashar dan Rusia ingin menawan Idlib, satu-satunya kubu kuat terakhir penentang kerajaan sejak perang saudara Mac 2011. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading