14 GERAI MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI TAMAN BUKIT MALURI

Bomba dalam operasi memadamkan api 14 gerai makanan yang musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Jalan Burung Tiong, Taman Bukit Maluri, di sini, malam ini. – Ihsan Bomba KL

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 gerai menjual makanan musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Burung Tiong, Taman Bukit Maluri di sini, malam ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan malam ini memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.38 malam dan menggerakkan tiga jentera dengan kekuatan 32 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Taman Tun Dr Ismail dan Sentul ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Kanan Penguasa Kanan Bomba Md Fuad Selamat berkata setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan 14 gerai makanan yang berkedudukan dua baris bertentangan.

“Tiada mangsa terlibat, manakala jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. –AlHijrah Online

Leave a Reply