Keadaan rumah yang masih digenangi air dan berselut menyebabkan beliau sekeluarga mengambil keputusan untuk terus berada di PPS tersebut termasuk tiga anaknya yang baru tiba dari Kuala Lumpur untuk mengundi awal pagi tadi.
PASIR MAS: Banjir yang masih belum pulih di Kampung Kubang Kual menyebabkan lebih 100 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kual, Rantau Panjang di sini terpaksa terus menetap di pusat itu sehingga hari pengundian esok.
Bagi Fazilah Othman, keadaan di dalam rumahnya masih digenangi air dan berselut menyebabkan beliau sekeluarga mengambil keputusan untuk terus berada di PPS tersebut.
Bagaimanapun, Fazilah, 45, berkata beliau sekeluarga akan tetap melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Kami di sini bernasib baik kerana sekolah yang dijadikan PPS ini turut dijadikan sebagai pusat mengundi dan memudahkan kami. Memang terasa agak pelik tetapi apakan daya, kami semua masih belum boleh pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Tiga anaknya yang merupakan pengundi kali pertama tiba dari Kuala Lumpur awal pagi tadi dan turut ditempatkan di PPS itu, katanya.
SK Kubang Kual itu mempunyai “fungsi bertindan” iaitu sebagai PPS dan juga pusat mengundi bagi kerusi Parlimen Rantau Panjang.
Seorang lagi mangsa, Selamah Isa, 93, berkata beliau bersyukur kerana dipindahkan ke PPS itu oleh pihak berkuasa sejak Sabtu lepas kerana rumah yang didiaminya berada di kawasan rendah.
“Untuk proses mengundi esok, saya akan dibantu oleh anak-anak atau mana-mana pihak kerana sudah tidak mampu berjalan.
“Macam inilah bila sudah berusia. Hendak bergerak ke mana-manapun perlu mendapatkan bantuan daripada orang lain,” katanya yang tidak pernah gagal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sejak 1960-an.
Tinjauan di sekolah itu mendapati kira-kira 40 anggota pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Sukarelawan Malaysia membersihkan kawasan itu sebagai persiapan menjadi pusat pengundian esok. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked