Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

14 WARGA PALESTIN TERBUNUH DALAM TEMPOH DUA JAM JEDA KEMANUSIAAN BERAKHIR DI GAZA

DALAM NEGARA

14 WARGA PALESTIN TERBUNUH DALAM TEMPOH DUA JAM JEDA KEMANUSIAAN BERAKHIR DI GAZA

Sumber Gambar: Media Sosial

ISTANBUL:  Sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza yang dikepung, sejurus selepas jeda kemanusiaan berakhir pada pagi Jumaat.

“Dalam tempoh dua jam selepas jeda kemanusiaan tamat, angka kematian rakyat Palestin dalam serangan Israel meningkat kepada 14 orang.

“Berpuluh-puluh orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak cedera,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan di Gaza.

Jeda kemanusiaan antara Israel dan Hamas yang berkuat kuasa pada 24 Nov berakhir pada pagi Jumaat.

Serangan bertubi-tubi dan tembakan meriam tentera penceroboh Israel di timur Semenanjung Gaza bermula sejurus selepas jeda kemanusiaan berakhir, menurut wartawan Anadolu di lapangan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading