Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM ANWAR MEMBAYANGKAN ROMBAKAN KABINET BULAN INI

DALAM NEGARA

PM ANWAR MEMBAYANGKAN ROMBAKAN KABINET BULAN INI

Ketika diajukan soalan berkaitan rombakan Kabinet selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C, Presint 18, di sini, Anwar telah memanggil seorang kanak-kanak Akmal Hafiz Yaseer Arafat, 12, dan memintanya untuk mengulangi soalan berkenaan sebagai mewakili pemberita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melayani permintaan adik Akmal Afif Yaseer Arafat, 12, menurunkan tandatangan pada wang RM1 dan RM5 selepas solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C, Presint 8 hari ini. –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membayangkan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini.

Ketika diajukan soalan berkaitan rombakan Kabinet selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C, Presint 18, di sini, Anwar telah memanggil seorang kanak-kanak Akmal Hafiz Yaseer Arafat, 12, dan memintanya untuk mengulangi soalan berkenaan sebagai mewakili pemberita.

“Datuk Seri, bila rombakan Kabinet,” tanya kanak-kanak tersebut.

“Akmal cadang bila, sebelum atau selepas 2024,” tanya Anwar kepada kanak-kanak berkenaan dan Akmal Hafiz menjawab: “Sebelum 2024”.

“Dia jawab sebelum 2024. Saya setuju,” kata Anwar.

Terdahulu, Anwar bersama kira-kira 2,000 jemaah termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menunaikan solat Jumaat di surau berkenaan yang diimamkan oleh Imam I Surau Putra Al-Amin Fasa 4C Amirul Aqif Ismail.

Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Memaknakan Kekayaan Dengan Berzakat’ yang kandungannya antara lain mengajak umat Islam untuk menunaikan zakat dan mengikis sifat bakhil demi meraih keredhaan Allah SWT.

Usai solat Jumaat, Perdana Menteri turut meluangkan masa menjamu selera di pekarangan surau dan beramah mesra dengan jemaah termasuk kanak-kanak. –AlHijrah Online

Akmal Afif Yaseer Arafat, 12, (empat, kiri) bersama rakan-rakannya menunjukkan tandatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diterima mereka selepas solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C, Presint 8 hari ini. –fotoBERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading