Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

17 PENGIKUT AJARAN SESAT MILLAH ABRAHAM DITAHAN

DALAM NEGARA

17 PENGIKUT AJARAN SESAT MILLAH ABRAHAM DITAHAN

Seramai 17 pengikut ajaran sesat Millah Ibrahim atau Abraham ditahan dalam serbuan berasingan di empat daerah di Johor pada Khamis lalu.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Seramai 17 pengikut ajaran sesat Millah Ibrahim atau Abraham ditahan dalam serbuan berasingan di empat daerah di Johor pada Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata, operasi khas Milab (Millah Ibrahim atau Abraham) itu dijalankan secara bersepadu oleh Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Khas Bukit Aman dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor.

Katanya operasi berkenaan dilakukan secara serentak di Batu Pahat, Pontian, Muar dan Segamat bagi tujuan membanteras penyebaran ajaran dan fahaman Millah Ibrahim atau Abraham.

“Individu tersebut akan dihadapkan ke mahkamah pada 6 Ogos ini untuk pertuduhan kes tersebut.

“Ajaran tersebut telah difatwakan sesat di negeri Johor pada 30 Julai 2015 dan diwartakan pada 28 Mac 2016 sebagai ajaran dan fahaman yang menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Fared berkata, kerajaan negeri memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas bagi membanteras dan mengekang sebarang penyebaran ajaran sesat berpandukan enakmen dan perundangan yang berkuat kuasa.

“Orang ramai hendaklah tidak terpengaruh terhadap fahaman dan ajaran yang menyimpang daripada
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan perlu segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang ajaran yang mencurigakan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading