Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

171 LELAKI BANGLADESH JALAN KAKI BERAMAI-RAMAI DI KOTA TINGGI DITAHAN

DALAM NEGARA

171 LELAKI BANGLADESH JALAN KAKI BERAMAI-RAMAI DI KOTA TINGGI DITAHAN

Sebanyak 171 lelaki warga Bangladesh yang berjalan kaki secara beramai-ramai di kawasan Bayu Damai, Teluk Ramunia di sini, hingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk tempatan, pada Rabu lepas, telah ditahan.

KOTA TINGGI: Sebanyak 171 lelaki warga Bangladesh yang berjalan kaki secara beramai-ramai di kawasan Bayu Damai, Teluk Ramunia di sini, hingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk tempatan, pada Rabu lepas, telah ditahan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pada hari sama.

Beliau berkata pihak ATM telah menahan kesemua lelaki terbabit dan kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Menurut Hussin siasatan awal mendapati warga asing yang memiliki dokumen pengenalan diri sah itu berjalan kaki menuju ke Balai Polis Bayu Damai, kira-kira 10 kilometer dari asrama mereka bagi membuat laporan kerana mendakwa tidak mendapat tawaran kerja daripada ejen dalam tempoh tiga hingga enam bulan lepas. 

“Kesemua mereka ditahan ketika sedang berjalan kaki di kawasan hadapan simpang masuk Bayu Damai, Teluk Ramunia.

“Difahamkan ejen berkenaan masih belum memperoleh pekerjaan yang sesuai untuk mereka dengan kehendak majikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Hussin berkata kesemua lelaki berumur lingkungan 19 hingga 43 tahun itu dibawa ke Jabatan Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 33 saat yang memaparkan lelaki warga asing berjalan kaki secara beramai-ramai sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat di kawasan Bayu Damai, Teluk Ramunia.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading