PUTRAJAYA: Membuang stigma yang mengaitkan isu kemiskinan dengan kawasan luar bandar merupakan antara usaha dan cabaran yang mahu ditangani Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi tahun 2020.
Untuk itu, 2020 menjadi tahun implementasi buat kementerian itu dalam melaksanakan gerak kerja dengan lebih komprehensif di bawah Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 yang turut menjurus kepada pembangunan sosioekonomi dan modal insan masyarakat, terutama dengan mewujudkan kawasan luar bandar yang kondusif didiami, mempunyai peluang pekerjaan dan mempunyai pertumbuhan ekonomi.
Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ketika mula menerajui kementerian itu pada 2018, beliau melihat sebahagian besar peruntukan dibelanjakan untuk pembangunan infrastuktur dan fizikal melibatkan berbilion ringgit, namun ironinya pada masa sama, stigma kemiskinan penduduk di luar bandar masih wujud.
“Betul kita perlukan infrastruktur dan fizikal tetapi apa yang lebih penting adalah untuk membangunkan sosioekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan modal insan. Oleh itu, selain penyediaan prasarana ini, kita akan fokuskan lagi kepada program peningkatan pendapatan dan merapatkan jurang ekonomi masyarakat luar bandar dan bandar,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.
Beliau berkata DPLB 2030 yang dilancarkan tahun lepas, menjadi tunjang kepada agenda pembangunan luar bandar secara holistik, inklusif dan mampan menerusi program-program baharu yang telah disusun atur.
Rina berkata pihaknya melihat keperluan untuk menyediakan infrastruktur lengkap terutamanya kemudahan internet yang kini menjadi antara keperluan penting dalam bidang perniagaan yang diceburi usahawan luar bandar.
“Maksudnya sekarang walaupun tinggal di luar bandar, namun dengan adanya internet mereka boleh berniaga sampai ke luar negara. Contoh berniaga bawang goreng, jual baju kurung, ada banyak permintaan sampai boleh jadi jutawan, tak perlu berhijrah ke bandar lagi.
“Disebabkan itu, kita bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan sentiasa berhubung rapat supaya internet di luar bandar dapat dipertingkatkan bukan sahaja dari segi kelajuannya, tapi dari segi kawasan liputannya mesti lebih luas,” katanya.
Dalam Belanjawan 2020, sebanyak RM10.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan luar bandar tahun ini, berbanding RM9.7 bilion tahun lepas.
Katanya dalam mewujudkan jutawan luar bandar, pihaknya akan turut mempromosikan lagi program DesaMall@KPLB tahun ini iaitu pemasaran produk secara dalam talian melalui kerjasama dengan platform e-dagang dalam talian seperti Lazada, Shopee dan eBay.
“Kita tengok tahun lepas kita masukkan produk usahawan dalam pasaran dalam talian, jualan mereka meningkat sampai 200 peratus, ada yang 273 peratus malah sampai 400 peratus. Setiap bulan kita minta maklumat jualan mereka dan membuat pemantauan,” katanya.
Pada masa yang sama, Rina berkata KPLB turut bercadang memperluaskan lagi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) yang merangkumi tanah terbiar diusahakan dengan tanaman, contohnya tanaman jagung di Kampung Sidam, Kulim, Kedah, dan usaha itu boleh menggalakkan lebih ramai rakyat berhijrah dari bandar ke luar bandar.
Usaha meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar, katanya akan turut diperhebat melalui program Desa Harapan yang bertujuan membangunkan kampung sebagai pusat pemacu ekonomi, ekopelancongan dan modal insan.
Melalui program itu, ia akan membuka ruang kepada syarikat korporat membantu kementerian merancang dan meneliti potensi yang ada pada setiap kampung, sebelum cadangan pembangunan ekonomi dirangka dan dilaksana.
Rina berkata tumpuan tahun ini juga akan diberikan kepada program Desa Pintar, satu inisiatif bertujuan memperkasa ekonomi luar bandar melalui digitalisasi dan pelaksanaan teknologi canggih.
Tanpa meminggirkan golongan emas di luar bandar, beliau berkata pihaknya turut mengubahsuai program-program khas untuk golongan tersebut memandangkan tahun 2030, Malaysia dijangka menjadi negara tua, dengan 15 peratus penduduk akan menjadi warga emas.
“Sebab itu kita ada juga program DocMove, anak-anak yang berada di perantauan hanya perlu bayar RM250 sebulan dan akan ada doktor yang datang ke rumah untuk periksa kesihatan ibu bapa,” katanya, sambil menambah sebanyak RM3.3 bilion telah dibelanjakan KPLB dalam pelbagai program yang memberi manfaat kepada 1.49 juta orang tahun lepas. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager