26.8 PERATUS KANAK-KANAK GISBH DISELAMATKAN DI SELANGOR ADA MASALAH BANTUT
Hasil saringan kesihatan mental pula menunjukkan seramai 78 kanak-kanak terbabit mengalami masalah kemurungan dengan kebanyakannya berada pada tahap ringan manakala bagi saringan kebimbangan (anxiety) mendapati seramai 89 kanak-kanak mempunyai masalah tersebut.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (lima, kanan) menyaksikan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (empat, kanan) menyerahkan replika cek sumbangan berjumlan RM100,000 kepada Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan Nur Mohd Razali Abdullah pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri Selangor kepada Jawatankuasa Pemulihan Anak-Anak GISBH di Wisma Dewan Negeri Selangor hari ini. –fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Hasil saringan kesihatan terhadap 266 kanak-kanak yang diselamatkan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Selangor mendapati 26.8 peratus mempunyai masalah bantut, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata saringan dan pemeriksaan intensif dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama pakar kesihatan swasta bermula 4 hingga 8 Nov lepas turut mendapati 6.8 peratus daripada mereka mempunyai masalah bantut yang serius.
Katanya hasil saringan kesihatan mental pula menunjukkan seramai 78 kanak-kanak terbabit mengalami masalah kemurungan dengan kebanyakannya berada pada tahap ringan manakala bagi saringan kebimbangan (anxiety) mendapati seramai 89 kanak-kanak mempunyai masalah tersebut.
“Selepas dua bulan di pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 38.6 peratus mempunyai pertambahan berat badan selain 22 peratus kanak-kanak berusia enam tahun didapati mempunyai masalah pertuturan.
“Selepas keputusan saringan disemak oleh pakar pediatrik atau pakar perubatan keluarga, anak-anak yang perlu mendapat intervensi dan perawatan selanjutnya bagi kategori sederhana akan dirujuk kepada kaunselor atau psikologi klinikal dan yang teruk akan dirujuk kepada pakar psikiatri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Task Force Pemulihan Anak-Anak GISBH Negeri Selangor di Wisma Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Berhubung masalah akidah, Amirudin berkata soal selidik yang dijalankan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap 176 orang anak-anak dalam lingkungan empat hingga 17 tahun mendapati majoriti daripada mereka tidak mempunyai masalah akidah yang kritikal.
“Hasil soal selidik juga mendapati hanya10 peratus mempunyai masalah dalam i’tikad yang kritikal manakala 15 peratus mempunyai masalah amalan Islam yang kritikal,” katanya.
Dari segi akademik, Amirudin berkata hasil pentaksiran terhadap anak-anak tersebut mendapati mereka mempunyai penguasaan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik namun mempunyai masalah penguasaan Bahasa Inggeris dari peringkat prasekolah hingga ke menengah atas.
Bagaimanapun, katanya terdapat lapan orang antara mereka yang didapati belum mampu menguasai aspek pembelajaran akademik kerana dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas.
Mengenai penyerahan sumbangan itu, Amirudin berkata ia bagi menyokong pelan pemulihan yang dirancang pasukan petugas berkenaan terhadap anak-anak yang diselamatkan dengan sasaran tempoh selama setahun bagi mencapai pemulihan sepenuhnya.
Sumbangan diserahkan menerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang bertanggungjawab untuk menyelaras wang sumbangan yang diterima untuk pemulihan anak-anak GISBH.
Pasukan dipengerusikan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari itu turut dianggotai wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).
Turut terlibat Lembaga Zakat Selangor (LZS), MAIS, JAIS, pakar psikologi dan pendidikan kanak-kanak, Yayasan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) serta Yayasan Selgate. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests