Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

3 MAUT, 5 CEDERA DALAM REMPUHAN DI MASJID UMAYYAD, SYRIA

DUNIA

3 MAUT, 5 CEDERA DALAM REMPUHAN DI MASJID UMAYYAD, SYRIA

Tiga wanita maut manakala lima kanak-kanak mengalami patah tulang dan lebam serius dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad, ibu negara Syria, pada Jumaat ketika cuba mendapatkan makanan percuma dalam satu program kebajikan.

Sumber Gambar: AFP

DAMSYIK: Tiga wanita maut manakala lima kanak-kanak mengalami patah tulang dan lebam serius dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad, ibu negara Syria, pada Jumaat ketika cuba mendapatkan makanan percuma dalam satu program kebajikan, lapor Xinhua yang memetik Pertahanan Awam Syria.

Kejadian berlaku semasa satu jamuan anjuran tukang masak terkenal, Abu Omari al-Dimashqi, yang menjemput orang ramai untuk menikmati hidangan percuma di pekarangan masjid bersejarah itu di Bandar Lama Damsyik.

Sumber tempatan dan saksi melaporkan orang ramai membanjiri pekarangan masjid dan kawasan sekitar tanpa kawalan orang awam yang mencukupi, menyebabkan situasi menjadi huru-hara.

Anggota keselamatan tiba di lokasi kejadian dan menutup jalan untuk mengawal kemasukan orang ramai.

Masjid Umayyad, satu daripada mercu tanda ikonik Damsyik, biasanya menganjurkan acara keagamaan dan kebudayaan. Perhimpunan awam berskala besar jarang diadakan di situ dan biasanya memerlukan penyelarasan awal dengan pihak berkuasa tempatan.

Struktur keselamatan dan perkhidmatan awam di bandar itu masih dalam proses penyesuaian selepas pergolakan politik yang berlaku baru-baru ini, susulan kejatuhan mengejut Kerajaan Syria terdahulu pada Disember lepas. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Anonymous

    12 January 2025 at 10:49 AM

    Syria Public Defence consist of girl and boy. Prabowo Subianta Indonesia Prime Minister and Keir Starmer UK Prime Mayor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading