Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT LELAKI CEDERA DISERANG SEKUMPULAN INDIVIDU BERSENJATAKAN PARANG DI NILAI

DALAM NEGARA

EMPAT LELAKI CEDERA DISERANG SEKUMPULAN INDIVIDU BERSENJATAKAN PARANG DI NILAI

Empat cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang ketika berada di dalam sebuah kedai makan di Nilai dekat sini, malam tadi.

SEREMBAN: Empat cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang ketika berada di dalam sebuah kedai makan di Nilai dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.

Beliau berkata mereka diserang semasa sedang minum di kedai berkenaan oleh sekumpulan lima lelaki warga tempatan, dan motif serangan masih dalam siasatan.

“Semua mangsa yang cedera kemudian dirujuk ke Hospital Tunku Ja’afar untuk menerima rawatan dan mereka dilaporkan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Malik berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7902222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading