BADAN KEBAJIKAN UK DESAK PEMBEBASAN PETUGAS KESIHATAN PALESTIN YANG DITAHAN
Pada 27 Dis lalu, tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan di utara Gaza dan membakar serta merosakkan bangunan-bangunan penting, menyebabkan hospital itu tidak lagi beroperasi.
Dr. Hussam Abu Safiya yang ditahan oleh tentera Zionis pada 27 Disember tahun lalu.
LONDON: Badan kebajikan berpangkalan di United Kingdom (UK), Medical Aid for Palestinians (MAP) pada Khamis menggesa kerajaan Britain mengambil tindakan segera untuk melindungi petugas kesihatan di Gaza, termasuk Pengarah Hospital Kamal Adwan yang ditahan bulan lalu oleh Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Dalam satu kenyataan, MAP menegaskan peningkatan serangan sistematik Israel yang menyasarkan sistem kesihatan dan kakitangan perubatan Gaza, dengan “menjadikan kelangsungan hidup rakyat Palestin mustahil.”
“Kami di MAP amat bimbang akan keselamatan Dr. Hussam Abu Safiya dan semua petugas kesihatan Palestin yang ditahan oleh tentera Israel,” kata Fikr Shalltoot, Pengarah MAP Gaza.
Beliau berkata bahawa penahanan ini, bersama serangan sistematik ke atas hospital di utara Gaza menyebabkan puluhan ribu penduduk tidak mendapat akses kepada rawatan kesihatan dan memaksa mereka berpindah ke selatan.
Pada 27 Dis lalu, tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan di utara Gaza dan membakar serta merosakkan bangunan-bangunan penting, menyebabkan hospital itu tidak lagi beroperasi.
Dr. Hussam Abu Safiya, pengarah hospital turut ditahan bersama puluhan kakitangan perubatan lain.
Pada Selasa, Hamish Falconer menteri untuk Timur Tengah menggesa Israel segera menjelaskan sebab penahanan Abu Safiya, ketika menjawab soalan mendesak mengenai penahanan pengarah hospital itu dan utara Gaza di Dewan Rakyat.
“Walaupun kami menyambut baik keputusan menteri untuk membangkitkan kes Dr. Hussam Abu Safiya dengan Israel, adalah tidak mencukupi untuk sekadar meminta penjelasan tanpa menuntut pembebasan beliau dan semua petugas kesihatan yang ditahan secara sewenang-wenangnya,” kata Rohan Talbot, Pengarah Advokasi dan Kempen MAP dalam kenyataan itu.
“Respons diplomatik yang lemah daripada kerajaan UK ini amat memalukan dan satu pengabaian terhadap tanggungjawab moral dan undang-undangnya,” kata Talbot. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked