179,000 DIPINDAHKAN SUSULAN KEBAKARAN HUTAN DI LOS ANGELES
Menurut CBS News, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan angin Santa Ana berkelajuan sehingga 55 batu sejam dengan tiupan angin sehingga 70 batu sejam akan terus menyemarakkan api sepanjang malam sehingga Jumaat.
WASHINGTON: Kebakaran hutan paling dahsyat dalam sejarah Los Angeles pada Khamis telah memusnahkan lebih 54 batu persegi kawasan, meranapkan ribuan struktur dan mengorbankan sekurang-kurangnya lima nyawa, lapor United Press International (UPI).
Lebih 179,000 penduduk berada di bawah perintah pemindahan setakat petang Khamis, sementara ramalan cuaca melanjutkan amaran merah sehingga 6 petang waktu tempatan (PST) pada Jumaat di daerah Los Angeles dan Ventura.
Menurut CBS News, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan angin Santa Ana berkelajuan sehingga 55 batu sejam dengan tiupan angin sehingga 70 batu sejam akan terus menyemarakkan api sepanjang malam sehingga Jumaat.
Kebakaran Palisades, Eaton dan Sunset membebankan pasukan bomba yang bekerja keras untuk mengawal kebakaran.
Keadaan darurat masih berkuat kuasa di bandar dan daerah Los Angeles, dengan semua sekolah di kawasan itu ditutup dan kualiti udara tidak sihat turut menjejaskan kawasan lain.
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden meluluskan perisytiharan bencana persekutuan untuk California pada Rabu dan pada Khamis mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan menanggung semua kos awal tindak balas bencana selama enam bulan akan datang, lapor ABC News.
“Kami bersama anda. Kami tidak akan ke mana-mana. Kepada anggota bomba dan penyelamat, anda adalah wira kami,” kata Biden pada Khamis.
Beliau berkata dana persekutuan itu akan menampung kos pembersihan, tempat perlindungan sementara dan bayaran kepada anggota penyelamat.
Biden juga memaklumkan bahawa beliau menugaskan 400 anggota bomba persekutuan, 30 pesawat pemadam kebakaran persekutuan dan aset lain ke daerah Los Angeles untuk membantu memadamkan kebakaran hutan itu.
Presiden itu turut membatalkan lawatannya ke Itali, menurut kenyataan Rumah Putih pada Khamis. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager