INSIDEN KEMATIAN KUCING: PIHAK UNIVERSITI JALANKAN OPERASI DALAMAN TANGANI ANJING LIAR
Pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar selepas mendapati haiwan tersebut memang banyak terdapat di dalam kawasan mereka.
KUALA LUMPUR: Pihak sebuah universiti awam di ibu negara yang terlibat dalam insiden kematian kucing akibat serangan anjing liar telah melakukan operasi dalaman bagi menangani kehadiran anjing liar di kawasan universiti berkenaan.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar selepas mendapati haiwan tersebut memang banyak terdapat di dalam kawasan mereka.
“Itu ialah tindakan dalaman pihak pengurusan universiti kerana mereka juga ada bahagian keselamatan dan veterinar sendiri dan seperti diketahui tindakan menangkap anjing liar itu turut dilakukan dengan bantuan aktivis haiwan,” katanya ketika Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan bedah siasat terhadap bangkai seekor kucing seperti dalam laporan polis yang diterima pada 2 Jan lepas menunjukkan kematian disebabkan gigitan haiwan liar, menjadikan lima ekor kucing ditemui di universiti itu disahkan mati akibat serangan berkenaan.
Polis sebelum ini dilaporkan telah merakam 11 percakapan daripada pensyarah, penuntut, polis bantuan, aktivis haiwan dan doktor veterinar.
Pada 5 Jan lepas, media melaporkan seekor lagi kucing turut ditemui mati di kawasan universiti itu namun tiada siasatan dijalankan kerana ia adalah perbuatan anjing liar.
Dalam pada itu, Ku Mashariman berkata pelupusan pada hari ini membabitkan 1,874 barang kes daripada 101 kertas siasatan bagi 2019 hingga 2024 dengan nilai keseluruhan RM387,227.
“Kesemua barangan yang dilupuskan pada hari ini melibatkan dua bahagian iaitu Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial,” katanya.
Antara yang dilupuskan ialah pistol udara bersama bebola besi, telefon bimbit, komputer, rokok dan minuman keras.
Turut hadir Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rosli Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur Sabri Othman. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked