Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

300 pokok zaitun jadi mangsa zionis

DUNIA

300 pokok zaitun jadi mangsa zionis

Bukan hanya rakyat Palestin, pokok zaitun turut menjadi mangsa keganasan zionis – Foto Sinar Harian

RAMALLAH, 28 Februari – Tentera Israel mencabut 350 pokok zaitun di perkampungan Khillet Al-Dabe di bandar Hebron, semalam.

Sinar Harian memetik laporan agensi berita, penyelaras jawatankuasa popular tempatan, Fouad Al-Umour berkata, tentera Israel turut mencabut anak pokok zaitun bagi memastikan penduduk Palestin tidak mendapat sebarang manfaat daripada tumbuhan tersebut.

Justeru, Al-Umour menuntut masyarakat antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia segera campur tangan bagi menghentikan penindasan berterusan Zionis.

Khillet Al-Dabe yang terletak di Masafer Yatta ditadbir pihak berkuasa Israel sebanyak 62 peratus.

Penduduk Masafer Yatta diusir pada tahun 1970-an dan akhirnya dibenarkan kembali selepas berjuang di mahkamah.

Namun, mereka diancam setiap masa oleh Israel seperti diusir atau rumah mereka dirobohkan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading