Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

50 PERATUS JEMAAH HAJI TOLAK TAWARAN KERANA FAKTOR KEWANGAN

DALAM NEGARA

50 PERATUS JEMAAH HAJI TOLAK TAWARAN KERANA FAKTOR KEWANGAN

Sejumlah 50 peratus daripada jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun ini terpaksa menolak tawaran tersebut.

Sumber: ARKIB

KUALA LUMPUR: Sejumlah 50 peratus daripada jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun ini terpaksa menolak tawaran tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, penolakan itu terpaksa dilakukan bakal jemaah berikutan kekangan kewangan.

Tambahnya, untuk rekod 53 peratus daripada 9.7 juta pendeposit Tabung Haji (TH) direkodkan mempunyai simpanan kurang RM1,300.

“Ketika ini, sebanyak 53 peratus daripada 9.7 juta pendeposit hanya mempunyai simpanan kurang RM1,300 dan jumlah itu tidak mencukupi untuk menunaikan haji.

“Pendeposit yang memiliki baki simpanan di bawah angka tersebut belum layak menunaikan haji kerana tidak mampu menampung keperluan ibadah berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat.

Tambah Mohd Na’im simpanan rendah itu antaranya berpunca cabaran yang perlu dihadapi TH untuk bersaing dengan institusi pelaburan lain.

“Peranan TH sebagai institusi penabungan mula terkesan apabila perlu bersaing dengan produk simpanan atau pelaburan lain yang lebih menarik seperti unit amanah, emas, simpanan pendidikan dan skim persaraan swasta,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading