Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

54 TERBUNUH DALAM SERANGAN MILITAN DI POS TENTERA MALI

DUNIA

54 TERBUNUH DALAM SERANGAN MILITAN DI POS TENTERA MALI

BAMAKO: Sekurang-kurangnya 53 anggota tentera dan seorang orang awam terbunuh dalam serangan militan ke atas pos tentera  di utara Mali semalam.

Agensi berita Reuters yang memetik jurucakap kerajaan melaporkan serangan itu antara insiden serangan terburuk ke atas tentera negara Afrika Barat itu.

“Pasukan bantuan menemui 54 mayat, termasuk seorang orang awam, 10 mangsa terselamat dan kesan kemusnahan. Situasi kini dalam kawalan,” kata jurucakap kerajaan, Yaya Sangare dalam ciapan Twitter awal hari ini.

Pihak berkuasa pertama kali melaporkan serangan oleh kumpulan bersenjata di pos tentera di Indelimane di wilayah Menaka itu pada Jumaat dengan jangkaan angka kematian lebih rendah.

Beroperasi dari kubu kuat di Mali, kumpulan militan yang ada kaitan dengan al-Qaeda dan Daesh meluaskan pengaruhnya merentasi Sahel, sekali gus menyebabkan kestidakstabilan di Niger dan Burkina Faso.

Seramai 38 tentera Mali terbunuh pada 30 September lalu dalam serangan diselaraskan ke atas dua pangkalan tentera di Mali, yang terlepas daripada kawalan kerajaan sekalipun dengan kehadiran tentera Perancis dan pasukan keselamatan antarabangsa lain. – Terjemahan AlHijrah Online  


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading