Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

6,034 GURU LANTIKAN KONTRAK DITEMPATKAN DI SEKOLAH KPM 

DALAM NEGARA

6,034 GURU LANTIKAN KONTRAK DITEMPATKAN DI SEKOLAH KPM 

Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah-sekolah seluruh negara, bermula Isnin.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah-sekolah seluruh negara, bermula Isnin.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu COS itu, ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi, di sekolah rendah.

“Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.

“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS, bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara,” menurut kenyataan berkenaan.

KPM memaklumkan pihaknya dan SPP, akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

Kenyataan itu memaklumkan pelantikan guru baharu COS itu merupakan cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading