KES BUNUH ANAK TIRI: BOY TIGER TERLEPAS HUKUMAN MATI, DIPENJARA 35 TAHUN
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tiri lelakinya yang berusia tiga tahun, hampir enam tahun lepas.
PUTRAJAYA: Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tiri lelakinya yang berusia tiga tahun, hampir enam tahun lepas.
Khairul Izani Khairuddin, 36, yang dikenali dengan nama julukan “Boy Tiger” juga dikenakan 12 sebatan rotan, dan diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 12 Nov 2018.
Panel tiga hakim terdiri daripada hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera (kini hakim Mahkamah Persekutan), Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin menolak rayuan Khairul Izani untuk mengetepikan sabitan ke atas kesalahan membunuh Muhammad Qairil Aqmal Abdul Hakim.
Bagaimanapun panel berkenaan membenarkan rayuan Khairul Izani untuk mengetepikan hukuman mati dan digantikkan dengan hukuman penjara.
Pada 26 Ogos 2022 Mahkamah Tinggi Klang mendapati Khairul Izani bersalah membunuh kanak-kanak itu di sebuah rumah di Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor pada 8 Nov 2018 pukul 11 pagi, dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya.
Ahmad Zaidi ketika menyampaikan keputusan mahkamah berkata Khairul Izani gagal menunjukkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam dapatan beliau untuk menolak pembelaannya bahawa dia (Khairul Izani) mengalami masalah tidak waras mental.
Beliau berkata sebaliknya terdapat keterangan yang membuktikan bahawa Khairul Izani waras semasa kejadian, dengan isteri Khairul Izani memberi keterangan bahawa suaminya berhenti membelasah anak tirinya itu apabila mendapati kepala kanak-kanak berkenaan berdarah dan dengan segera membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Kelakukan Khairul Izani yang berbohong kepada doktor dengan mengatakan bahawa kanak-kanak itu tercedera akibat terjatuh di bilik air menunjukkan dia cuba menyembunyi perbuatannya dan tindak tanduk sedemikian adalah konsisten dengan kelakuan seorang yang waras.
“Kami mendapati hakim bicara tidak boleh dikatakan terkhilaf dalam dapatan beliau bahawa tindakan tertuduh (Khairul Izani) dalam membelasah kanak-kanak itu berlaku kerana sifat panas barannya dan bukan kerana dia dalam keadaan tidak waras mental,” katanya.
Beliau berkata berdasarkan fakta kes, isteri Khairul Izani melihat suaminya membelasah kanak-kanak itu dengan dengan bertubi-tubi, memijak tubuhnya serta mencekik leher dan menghentak kepalanya ke dinding sehingga berdarah.
Ahmad Zaidi berkata isteri Khairul Izani tidak berjaya menghalangnya kerana ketika itu dia sarat mengandung, tambahan pula Khairul Izani adalah seorang yang panas baran.
Khairul Izani diwakili peguam Arik Zakri Abdul Kadir, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked