Connect with us

ALHIJRAH NEWS

75 PERATUS SYOR RCI TELAH DILAKSANAKAN, AGIHAN KEUNTUNGAN JUGA MENINGKAT – TH

DALAM NEGARA

75 PERATUS SYOR RCI TELAH DILAKSANAKAN, AGIHAN KEUNTUNGAN JUGA MENINGKAT – TH

TH juga telah berjaya mengekalkan kos haji pada kadar RM33,300 seorang selama tiga tahun berturut-turut.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik keputusan kerajaan hari ini untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kepada umum.

Menurut TH, institusi itu juga telah mengambil syor-syor RCI dan kini sedang melangkah ke hadapan.

“TH telah melaksanakan 75% daripada syor RCI bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi ini. Selebihnya kini sedang dalam proses pelaksanaan.

“TH juga telah memulihkan kunci kira-kira, membina rizab, dan berjaya meningkatkan pengagihan keuntungan kepada 3.5%, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun,” kata kenyataan TH hari ini.

TH juga telah berjaya mengekalkan kos haji pada kadar RM33,300 seorang selama tiga tahun berturut-turut.

Pengurusan Haji Terbaik Dunia itu komited untuk melindungi kepentingan para pendeposit, mengukuhkan kepercayaan awam, serta memastikan institusi ini terus beroperasi dengan penuh integriti dan bertanggungjawab. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading