Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

77 WARGA PALESTIN CEDERA

DUNIA

77 WARGA PALESTIN CEDERA

GAZA : Kementerian Kesihatan Palestin berkata 77 warga Palestin tercedera pada Jumaat petang susulan serangan tentera Israel pada protes mingguan di timur Gaza.

Agensi berita Anadolu dalam laporannya berkata kementerian mengesahkan 31 mangsa tercedera adalah akibat terkena serangan peluru hidup.

Protes Gaza yang bermula sejak Mac tahun lalu, mengorbankan lebih daripada 320 warga Palestin dengan ribuan mangsa yang tercedera akibat tindakan tentera Israel yang ditempatkan di penempatan berhampiran.

Demonstrasi itu menuntut pengakhiran pengepungan 12 tahun rejim Israel di Semenanjung Gaza, yang menghancurkan ekonomi wilayah konflik itu dan menyebabkan dua juta warganya hilang keperluan asas. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading