ABANG ALI MENINGGAL DUNIA

May be an image of 2 people and text

KUALA LUMPUR: Aktivis masyarakat Ali Salimin yang mesra dengan panggilan Abang Ali meninggal dunia hari ini.

Berita itu dikongsi rakan aktivisnya Yusuf Azmi dalam satu hantaran di Facebooknya.

“Saya sekarang dalam perjalanan ke Hospital Muar, Johor bagi menuntut dan mandikan jenazah Allahyarham Ali Bin Salimin

“Saya Yusuf Azmi mohon doa saudara-saudari semua bermurah hati sedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarham Abang Ali,” katanya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan Allahyarham Abang Ali terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pagoh, Johor.

Allahyarham sebelum ini aktif dalam menjalankan kerja aktivis bersama Semboyan Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). – AlHijrah Online

Leave a Reply