Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GURU, PETUGAS KEMAS DIBENARKAN BERPOLITIK NAMUN TIDAK ABAIKAN TUGAS- PM

DALAM NEGARA

GURU, PETUGAS KEMAS DIBENARKAN BERPOLITIK NAMUN TIDAK ABAIKAN TUGAS- PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KOTA BHARU: Guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) serta petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dibenarkan untuk berpolitik, berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat Kabinet bagi menghormati prinsip demokrasi, memandangkan sebelum ini golongan berkenaan dilarang untuk berpolitik.

Sehubungan itu, beliau berkata, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin diminta untuk mengeluarkan surat pekeliling supaya guru tidak lagi diberi tekanan berhubung perkara terbabit.

“Sebelum ini, ada notis pekeliling untuk menyekat guru daripada berpolitik dan ramai dalam kalangan mereka diberi amaran untuk diambil tindakan.

“Saya sudahpun membawa perkara ini ke dalam Kabinet, dan Kabinet memutuskan untuk memberi kebenaran (berpolitik) bagi menghormati prinsip demokrasi,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pemimpin Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan selain guru, kakitangan KEMAS turut dibenarkan untuk berpolitik.

“Namun, ia tertakluk kepada peraturan jabatan masing-masing. Sebagai contoh jika seseorang guru itu berpolitik sehingga meninggalkan tugas, dia boleh diambil tindakan,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading