Aishah An-Nur Osman ketika dihubungi berkata, Adibah pernah memberitahunya bahawa dia menghidap penyakit kanser rahim namun meminta agar perkara itu dirahsiakan.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor Mohamed Omar atau lebih dikenali sebagai Adibah Noor, 51, meninggal dunia di Hospital Gleneagles di sini, pada kira-kira 7.45 malam tadi.
Berita kematian itu disahkan dan dikongsi oleh rakan-rakan artis menerusi media sosial antaranya Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid.
Sementara itu, penyanyi dan pelakon Ani Mayuni atau nama penuhnya Aishah An-Nur Osman ketika dihubungi berkata Adibah pernah memberitahunya bahawa dia menghidap penyakit kanser rahim namun meminta agar perkara itu dirahsiakan.
“Arwah minta jangan hebohkan mengenai dia sedang menanggung kesakitan,” katanya menambah kesihatan arwah semakin merosot selepas menyertai program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza (GV).
“Selepas habis GV dan masa nak shooting GV Raya, masa itu Arwah mula demam sekejap sekejap dan lama sangat dia dimasukkan ke dalam wad. Rasa macam pelik kenapa tak keluar (dari hospital)?, ingatkan COVID-19 tetapi bila tanya secara peribadi, baru dapat tahu dia ada kanser dan baru sahaja jalani pembedahan.
“Arwah sedang berpantang, nak berehat dan tak ambil show semua, yang kamu tengok dia muat naik gambar, masa dia dah kurus baru-baru ini, itu adalah shownya yang pertama selepas berehat,” kata Ani yang merupakan bekas peserta GV pada musim sama disertai Adibah Noor.
Sementara itu, Emylia Rosnaida dalam hantaran di laman Facebooknya berasa terkejut dan sedih dengan berita pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang artis yang serba boleh.
Pelakon Dynas Mokhtar turut meluahkan kesedihannya menerusi hantaran di akaun Instagram beliau.
“Saya masih terkejut! KakDip (Adibah Noor) seorang periang, mengambil berat dan mempunyai suara yang merdu. Saya akan merindui awak KakDip. Hilang di mata, tapi di dalam hati jangan,” katanya.
Allahyarhamah Adibah merupakan penyanyi dan penulis lirik lagu hit ‘Terlalu Istimewa’ pada 2005, dicipta khas sebagai penghormatan terhadap tragedi pembunuhan kejam seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa kes jenayah pedofilia.
Pelakon filem Sepet dan Mukhsin itu juga dikenali dalam pelbagai iklan televisyen dan pernah bertugas sebagai penyampai Radio Suria FM.
Sebelum melangkah ke dalam karier seni, penyanyi bersuara lunak itu merupakan guru bahasa Inggeris, penterjemah untuk syarikat korporat dan duta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sepanjang karier seninya, Adibah pernah memenangi Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Lagu Balada Terbaik dan Anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu 2006. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager