Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AI ROBOT DISEDIAKAN DI MASJIDIL HARAM JAWAB PERTANYAAN AGAMA, FATWA

DUNIA

AI ROBOT DISEDIAKAN DI MASJIDIL HARAM JAWAB PERTANYAAN AGAMA, FATWA

Robot kecerdasan buatan itu menawarkan perkhidmatan fatwa dalam 11 bahasa sekali gus memperlihatkan kemajuan terbaharu yang ketara oleh Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Robot AI menawarkan perkhidmatan faktwa dalam 11 bahasa. – Foto SPA

MAKKAH: Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melakar satu lagi pencapaian dalam menyampaikan perkhidmatan kepada umat Islam dengan memperkenalkan robot panduan pintar yang mampu menjawab pertanyaan berkaitan agama dan fatwa.

Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), robot kecerdasan buatan itu menawarkan perkhidmatan fatwa dalam 11 bahasa sekali gus memperlihatkan kemajuan terbaharu yang ketara oleh Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Sebelas bahasa yang digunakan oleh robot itu ialah Arab, Inggeris, Perancis, Rusia, Parsi, Turkiye, Melayu, Urdu, Cina, Benggali dan Hausa.

Setiap robot mempunyai kamera definisi tinggi untuk merakam panoramik, pembesar suara dan teknologi pembatalan hingar untuk bunyi lebih jelas serta mikrofon berkualiti tinggi bagi memastikan audio yang lebih bermutu, menurut laporan itu.

“Robot terbabit akan merayau-rayau di pekarangan Masjidil Haram untuk menjalankan fungsinya. Robot itu sangat popular dalam kalangan jemaah haji dan umrah dengan membantu menjawab pelbagai soalan mengenai agama,” kata laporan itu.

Setiap robot juga dilengkapi skrin sentuh 21 inci yang boleh digunakan untuk pelbagai perkhidmatan penting kepada pengunjung Masjidil Haram seperti panduan, arah dan pendapat. 

Dilengkapi empat roda membolehkan robot berkenaan bergerak dan berhenti dengan lancar selain  beroperasi tanpa wayar dan berkelajuan 5GHz sekali gus membolehkan pemindahan data yang pantas dan cekap di samping menyediakan perkhidmatan fatwa. 

Inisiatif itu sebahagian daripada usaha pelaburan dalam teknologi moden dan kecerdasan buatan (AI) yang menjadi teras utama strategi meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah haji.

“Pihak presidensi juga berhasrat menawarkan perkhidmatan fatwa secara elektronik selaras dengan ajaran Islam yang bercirikan toleransi dan terangkum,” menurut laporan itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading