Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI TERENGGANU, PAHANG, JOHOR DAN KELANTAN SEHINGGA KHAMIS

DALAM NEGARA

AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI TERENGGANU, PAHANG, JOHOR DAN KELANTAN SEHINGGA KHAMIS

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Pahang, Johor dan Kelantan yang dijangka berlaku sehingga esok.

Gambar fail. — Bernama

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Pahang, Johor dan Kelantan yang dijangka berlaku sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata hujan lebat berterusan (peringkat buruk) diramalkan berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman; Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang; serta Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Hujan berterusan (peringkat waspada) pula dijangka berlaku di Kelantan; Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu); Pahang (Jerantut dan Maran) serta Johor (Segamat, Batu Pahat dan Pontian).

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan dijangka berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang dari Jumaat hingga Sabtu ini.

Hujan berterusan juga dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat, serta Wilayah Persekutuan Labuan dari Jumaat hingga Isnin ini.  — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading