ANAK BERITAHU “MAMA, SAYA KEJAR BUDAK” , KATA JIRAN
Terdahulu, Norzaini memaklumkan telah melihat Ismanira bersama Zayn Rayyan berjalan ke arah tangga dan melintasinya untuk ke taman permainan pada 12.05 tengah hari selepas Ismanira meletakkan motosikalnya di kawasan parkir, dipercayai baru pulang daripada mengambil Zayn Rayyan dari sekolah.
Ismanira Abdul Manaf (tengah) ditemani ahli keluarga hadir bagi sambungan bicara kes ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan yang didakwa atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini. — fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Seorang suri rumah memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling jaya hari ini, bahawa anak lelakinya berusia 10 tahun ada mengejar Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin di kawasan apartment mereka pada hari kanak-kanak autistik itu dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023.
Norzaini Zainol, 39, jiran kepada ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari berkata beliau diberitahu mengenai perkara tersebut semasa menemani anaknya menunggu van sekolah di tangga Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai pada hari kejadian.
“Saya panggil anak saya kerana van sekolahnya sudah sampai, kemudian anak tepuk saya dari belakang dan memberitahu saya ‘mama, saya kejar budak’.
“Saya ingat dia bermain kejar-kejar dengan seorang lagi rakannya … saya tidak sangka dia kejar Zayn. Selepas itu kira-kira 12.12 tengah hari, van sekolah anak sampai dan anak saya terus naik van,” katanya.
Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin pada hari ke-11 perbicaraan kes pengabaian yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak itu di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Pada 21 Feb lepas, anak lelakinya yang juga saksi pendakwaan ke-14 selesai memberi keterangan dalam prosiding tertutup di hadapan Syahliza.
Zaim Ikhwan Zahari bersama isterinya Ismanira Abdul Manaf ditemani ahli keluarga hadir bagi sambungan bicara kes ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan yang didakwa atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini. — fotoBERNAMA
Terdahulu, Norzaini memaklumkan telah melihat Ismanira bersama Zayn Rayyan berjalan ke arah tangga dan melintasinya untuk ke taman permainan pada 12.05 tengah hari selepas Ismanira meletakkan motosikalnya di kawasan parkir, dipercayai baru pulang daripada mengambil Zayn Rayyan dari sekolah.
“Saya nampak Zayn pakai baju t-shirt (kemeja-T) putih dengan lencana sekolah dan berseluar trek warna gelap. Tapi pakaian ibu Zayn (Ismanira) saya tidak ingat,” kata saksi itu.
Menurut saksi yang tinggal di apartment berkenaan sejak 2012, beliau tidak mengenali Ismanira dan Zayn Rayyan namun sering melihat dua beranak itu dua atau tiga kali dalam seminggu ketika Ismanira mengambil anaknya pulang dari sekolah.
Raja Zaizul Faridah: Puan kenal Zayn Rayyan?
Norzaini: Saya tak tahu namanya tetapi selalu melihat dia. Saya hanya tahu namanya melalui hebahan orang hilang.
Raja Zaizul Faridah: Bila puan tahu Zayn hilang?
Norzaini: Kira-kira 12.45 tengah hari selepas suami saya beritahu melalui mesej tentang kehilangan budak kepada saya.
Raja Zaizul Faridah: Masa terima mesej itu, puan tahu tak budak yang melintas depan puan ialah Zayn yang hilang?
Norzaini: Ya saya tahu dan saya terkejut.
Sebelum itu, seorang lagi jiran kepada ibu bapa Zayn Rayyan, Rashidah Rajali, 37, menafikan beliau mempunyai memori yang lemah ketika memberi kenyataan mengenai perubahan pakaian Ismanira pada hari kejadian (5 Dis 2023).
Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata demikian ketika disoal balas peguam Haresh Mahadevan yang mencadangkan sekiranya perubahan pakaian itu fakta yang benar, saksi pasti akan memberitahu media ketika ditemu bual akhbar Sinar Harian dan portal berita Scoop.
Saksi turut menafikan bahawa keterangan yang diberikan di mahkamah merupakan satu fakta yang telah dimanipulasi dan berkata “saya hanya beritahu apa yang saya tahu”.
Rashidah yang memberi keterangan di mahkamah pada 18 Feb lepas berkata pada hari kejadian (5 Dis) beliau telah terserempak dengan Ismanira sebanyak dua kali, masing-masing pada 12.15 dan 12.35 tengah hari namun pakaian yang dipakai wanita itu adalah berbeza.
Beliau berkata pada 12.15 tengah hari, Ismanira memakai tudung hitam dengan baju putih dan seluar atau kain berwarna hitam manakala pada 12.35 tengah hari, Ismanira dilihat memakai tudung bercorak warna gelap dengan baju yang berbeza.
Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan dan Ismanira kedua-duanya berumur 30 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu, dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam, 6 Dis 2023.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Dis 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya. Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.
Perbicaraan bersambung esok. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager