KES BUNUH KV LAHAD DATU: TERTUDUH KESEMBILAN DAKWA DIHASUT PUKUL MANGSA
Dalam keterangannya, tertuduh kesembilan juga memberitahu mahkamah bahawa dia turut melihat saksi pendakwaan ke-19 menendang pinggang Mohamad Nazmie Aizzat sehingga mangsa terlempar jauh.
Sebahagian daripada 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun yang diperintahkan membela diri atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu tiba di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini. –fotoBERNAMA
TAWAU: Tertuduh kesembilan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau dikenali sebagai Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau, bahawa dia telah dihasut untuk memukul mangsa.
Saksi pembelaan ketiga itu berkata individu yang menghasutnya adalah seorang pelajar di kolej sama iaitu saksi pendakwaan ke-19.
“Dia tarik saya, dia cakap dia mahu nampak saya memukul, lepas itu dia tolak saya untuk memukul arwah Ijat, waktu itu arwah Ijat melindungi mukanya, saya teragak-agak untuk pukul.
“Saya ketika itu pukul bahagian lengan kanan arwah Ijat sebanyak dua kali sahaja, pukulan saya itu tidak kuat,” katanya ketika membacakan keterangan saksi di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.
Seramai 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun didakwa membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac 2024.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Dalam keterangannya, tertuduh kesembilan juga memberitahu mahkamah bahawa dia turut melihat saksi pendakwaan ke-19 menendang pinggang Mohamad Nazmie Aizzat sehingga mangsa terlempar jauh.
Ketika menjawab soalan peguam Datuk Ram Singh, saksi itu memaklumkan dia sebenarnya tidak mahu memukul Mohamad Nazmie Aizzat namun telah dihasut untuk berbuat demikian.
Remaja itu tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao bahawa dia telah memukul mangsa kerana dia sememangnya mahu memukul, bukan sebab dihasut oleh saksi pendakwaan ke-19.
Tertuduh kesembilan juga tidak bersetuju dengan cadangan Ng bahawa dia ada memukul mangsa di bahagian badan, bahu dan lengan serta menendang Ijat berkali-kali.
Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, dan Chen Wen Jye manakala lima lagi diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang serta Kusni Ambotuwo.
Ng pula dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif dan Batrisyia Mohd Khusri. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked