Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA POLIS DIDAKWA CURI RANTAI LEHER, RANTAI TANGAN MILIK WANITA YANG MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

ANGGOTA POLIS DIDAKWA CURI RANTAI LEHER, RANTAI TANGAN MILIK WANITA YANG MENINGGAL DUNIA

Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri seutas rantai leher dan seutas rantai tangan milik seorang wanita yang meninggal dunia dalam sebuah kereta, bulan lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri seutas rantai leher dan seutas rantai tangan milik seorang wanita yang meninggal dunia dalam sebuah kereta, bulan lepas.

Lans Koperal Mohd Alifah Mohd Sapie, 35, didakwa mencuri seutas rantai leher dan seutas rantai tangan milik seorang wanita berusia 26 tahun di dalam sebuah kereta di tepi jalan Prima Setapak, Wangsa Maju di sini pada 2.40 pagi, 1 Okt lepas. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya Vivi’ Asnita Zaina’ larifin tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana kesalahan ini tidak boleh dijamin namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pihak pendakwaan mohon jaminan yang tinggi dikenakan kepada tertuduh.

Peguam R. Lavinia yang mewakili tertuduh pula memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga termasuk isteri dan lima anak. 

Majistret M. S. Arunjothy kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jan depan untuk sebutan kes. 

Media sebelum ini melaporkan bapa wanita itu yang merupakan bekas pegawai kanan polis berusia 59 tahun membuat laporan polis selepas mendapati barang kemas dipakai anak perempuannya ketika meninggal dunia, didapati hilang. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading