Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDAKWAAN KES PALSU PASPORT BRITAIN DITANGGUH

DALAM NEGARA

PENDAKWAAN KES PALSU PASPORT BRITAIN DITANGGUH

Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Sumber Gambar: BERNAMA

SEPANG: Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Penangguhan itu bagi membolehkan seorang jurubahasa berbahasa Arab hadir di Mahkamah Majistret di sini bagi menterjemahkan pertuduhan terhadap lelaki berusia 31 tahun itu.

Terdahulu, Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan menetapkan tarikh itu selepas tertuduh, Maher Al-Ali kelihatan terpinga-pinga apabila ditanya sama ada memahami bahasa Melayu atau Inggeris sebelum pertuduhan dibacakan jurubahasa Hidayah Chan. 

“Kes akan disebut semula pada 5 Disember ini dan tiada sebarang jaminan ditawarkan,” kata Muhammad Bukhori.

Tertuduh ditahan pada 11 November  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 (T1) kira-kira 4 petang ketika dipercayai terkandas di kawasan pintu H2 bagi perjalanan antarabangsa dari KLIA ke London.

Dia disiasat di bawah Seksyen 12 (1) (a) Akta Pasport 1966 selepas hasil semakan pihak polis dengan Suruhanjaya Tinggi Britain mendapati dokumen perjalanan yang dimilikinya adalah palsu dan telah ditamatkan tempoh milikan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur’Ain Madihah Zulkifli dan tertuduh tidak diwakili peguam. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading