PEGAWAI KADET UPNM DIDAKWA CEDERAKAN JUNIOR, PIJAK PERUT DENGAN SPIKE BOOT
Seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan juniornya dengan cara memijak perut mangsa dengan spike boot, bulan lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan juniornya dengan cara memijak perut mangsa dengan spike boot, bulan lepas.
Mohd Adil Mat Awang Ghani, 22, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Haziq Iqbal Ahmad Rashidi, 19, apabila memijak perut mangsa semasa berada di padang kawad akademi berkenaan di UPNM, Kem Sungai Besi, Cheras di sini pada 10.45 malam, 21 Okt.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Mohd Adil menjawab: “Faham puan, tidak (mengaku salah) puan”.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak mendekati pengadu, mangsa dan saksi-saksi pendakwaan yang terdiri daripada pegawai dan jurulatih UPNM serta rakan pelatih kadet tertuduh.
Bagaimanapun peguam Nurul Diyana Basher dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya sudah tamat belajar, namun masih lagi menjalani latihan ketenteraan.
“Pihak kami (pembelaan) tidak membantah syarat tambahan yang dikemukakan pendakwaan, bagaimanapun syarat ketat akan memberi kesan kepada anak guam saya sepanjang tempoh latihan,” kata peguam itu.
Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 10 Feb depan untuk serahan dokumen.
Prosiding hari ini turut dihadiri ahli keluarga tertuduh.
Terdahulu tertuduh yang memakai kemeja putih lengan panjang dan berjaket hitam tiba di mahkamah pada 9.20 pagi diiringi beberapa anggota polis.
Pada 10 Nov lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan memaklumkan mangsa berusia 19 tahun mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager