Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA POLIS PERAS UGUT PEKEBUN DITAHAN

DALAM NEGARA

ANGGOTA POLIS PERAS UGUT PEKEBUN DITAHAN

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata lelaki berusia 40 tahun yang bertugas di sebuah balai polis di Bagan Datuk itu ditahan di Hutan Melintang pada 7 malam.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

IPOH: Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes memeras ugut seorang pekebun sawit di Langkap, Teluk Intan semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata lelaki berusia 40 tahun yang bertugas di sebuah balai polis di Bagan Datuk itu ditahan di Hutan Melintang pada 7 malam.

Beliau berkata suspek telah meminta mangsa yang berusia 37 tahun RM2,000 bagi menyelesaikan kes lampau pada 26 Sept lepas.

“Mangsa kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung salah laku anggota polis tersebut pada Ahad lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas nyanyian lagu Negaraku dan lafaz ikrar Rukun Negara peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

Azizi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading