GAJI RENDAH ANTARA PUNCA SIMPANAN KWSP TIDAK MENCUKUPI – PENGERUSI
Pengerusi KWSP Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata caruman yang tidak teratur, terutama dalam kalangan mereka yang menceburi ekonomi tidak formal atau ekonomi gig, juga hanya memburukkan lagi keadaan.
KUALA LUMPUR: Struktur gaji rendah di Malaysia menjadi antara faktor utama yang menyebabkan jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.
Pengerusi KWSP Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata caruman yang tidak teratur, terutama dalam kalangan mereka yang menceburi ekonomi tidak formal atau ekonomi gig, juga hanya memburukkan lagi keadaan.
“Peralihan yang kian ketara ke arah kerja tidak formal telah menyebabkan semakin kurangnya individu mendapat akses terhadap skim simpanan persaraan rasmi seperti KWSP.
“Ini ditambah lagi dengan tahap celik kewangan agak rendah dan mengehadkan pemahaman orang ramai mengenai kepentingan menabung serta perancangan persaraan,” katanya dalam ucapan aluannya pada acara perasmian Bulan Literasi Kewangan 2024 di sini, hari ini.
Antara usaha bagi menaikkan gaji termasuk langkah kerajaan melaksanakan pelarasan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) berkuatkuasa 1 Dis, 2024.
Kerajaan juga menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan pada 2022 daripada RM1,200 sebulan di bandar-bandar utama dan RM1,100 di bahagian lain di Malaysia pada 2020 untuk membantu menangani peningkatan kos sara hidup serta memperbaiki keadaan kewangan pekerja yang bergaji rendah.
Dalam pada itu, Mohd Zuki berkata Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan di bawah Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) melaporkan sebanyak 41 peratus rakyat Malaysia bergantung kepada simpanan KWSP mereka sebagai sumber pendapatan utama untuk persaraan.
Bagaimanapun, hanya 34 peratus daripada ahli aktif KWSP di bawah usia 55 tahun menepati Kuantum Simpanan Asas yang menunjukkan setakat 30 Jun, 2024, masih ramai tidak bersedia untuk persaraan.
Mohd Zuki berkata setakat ini hanya 29 peratus daripada populasi golongan berusia menerima pencen bulanan, khususnya daripada skim pencen perkhidmatan awam dan program bantuan seperti Bantuan Warga Emas.
“Ini menyaksikan baki golongan itu bergantung sama ada dengan simpanan KWSP, simpanan peribadi, sokongan keluarga atau terus bekerja bagi menampung kos sara hidup pada usia berkenaan,” katanya.
Selain itu, beliau berkata tinjauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukkan ramai pekerja bawah 40 tahun tidak aktif melakukan simpanan persaraan kerana lebih mengutamakan keperluan kewangan masa terdekat berbanding jaminan jangka panjang.
Hasil dapatan Tinjauan Penuaan dan Persaraan Malaysia menunjukkan 26 peratus responden mengakui akan terus bekerja sehingga kesihatan mereka tidak membenarkan untuk berbuat demikian, katanya.
Sehubungan itu, Mohd Zuki berkata literasi kewangan menjadi kunci bagi usaha, termasuk membantu individu membuat keputusan kewangan jangka panjang untuk persaraan.
“Bagi menyokong aspek itu, KWSP meluaskan lagi jangkauannya dengan menyediakan mekanisme, pendidikan serta bimbingan untuk membina masa depan yang terjamin,” katanya
Sementara itu, Bulan Literasi Kewangan 2024 selama sebulan yang bertemakan “Bijak Wang, Hidup Sejahtera” itu bertujuan meningkatkan aspek pengetahuan berkaitan serta memperkasa rakyat dengan kemahiran dan kaedah diperlukan untuk membuat keputusan yang lebih bermaklumat.
Ia menumpukan topik utama bagi meningkatkan kepintaran kewangan, termasuk pengurusan kewangan peribadi, pengurusan risiko, pengetahuan pelaburan, perancangan persaraan dan celik kewangan digital dengan penekanan yang kuat pada pencegahan penipuan.
Program perdana tahunan itu dianjurkan FEN yang merangkumi ahli termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, KWSP, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), dan AKPK.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked