ANWAR, AZIZAH BERTEMU ISTERI, ANAK-ANAK NADIR AL-NURI

Sumber Gambar: PMO

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan untuk bertemu aktivis kemanusiaan Palestin Muhammad Nadir Al-Nuri bersama keluarganya di Kompleks Seri Perdana, di sini hari ini.

Anwar melahirkan rasa gembira setelah melihat isteri serta tiga orang anaknya berada dalam keadaan baik selepas melalui penderitaan panjang di Semenanjung Gaza.

“Kami berbicara panjang terkait penderitaan rakyat Palestin, pendirian Malaysia serta pengalaman anggota keluarganya keluar dari zon konflik sebelum pulang ke Malaysia.

Sumber Gambar: PMO

“Saudara Nadir turut berkongsi kisah yang begitu mengesankan, di mana anak-anaknya teruja melihat telur dan tembikai ketika mula sampai ke Malaysia kerana sudah berbulan lamanya tidak dapat menikmati makanan asas itu akibat situasi perang yang terus memburuk di sana,” katanya dalam hantarannya di Facebook.

Turut bersama isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pertemuan tersebut.

Anwar dalam pada itu turut mendoakan agar Nadir dan keluarganya dapat meneruskan kehidupan dengan tenang selain terus membantu sedaya upaya dalam memudahkan urusan menyalurkan bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada rakyat Palestin.—AlHijrah Online

Leave a Reply