ANWAR SARAN PIMPINAN DALAM KERAJAAN CARI JALAN SELESAI MASALAH DI KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING
“Dalam seminggu ini saya terpaksa hubungi rakan atau balik kawasan untuk tentukan wakil wanita, wakil belia, jawatankuasa masjid, jawatankuasa kampung supaya semua ada tanggungjawab untuk menyampaikan (memaklumkan) kemudahan dan keperluan mereka (penduduk) termasuk keluarga miskin, kedudukan pendidikan di sekolah, masalah dadah di kampung. Semua ini harus diambil tahu,”
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Bicara Eksekutif Malaysia MADANI Penjawat Awam 2024 di sini, hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan pemimpin-pemimpin dalam kerajaan mencari jalan atau kaedah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat di kampung halaman masing-masing.
Anwar yang juga Menteri Kewangan percaya langkah sedemikian mampu menyelesaikan separuh daripada permasalahan berkaitan isu sosial, kewangan dan pendidikan di kawasan luar bandar.
“Sebagai anak kampung, kita harus ambil tanggungjawab ini. Saya mulakan dengan Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam (Pulau Pinang).
“Dalam seminggu ini saya terpaksa hubungi rakan atau balik kawasan untuk tentukan wakil wanita, wakil belia, jawatankuasa masjid, jawatankuasa kampung supaya semua ada tanggungjawab untuk menyampaikan (memaklumkan) kemudahan dan keperluan mereka (penduduk) termasuk keluarga miskin, kedudukan pendidikan di sekolah, masalah dadah di kampung. Semua ini harus diambil tahu,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada program Bicara Eksekutif Malaysia MADANI Penjawat Awam 2024 bertajuk Bina Kota: Kemampanan, Kesejahteraan dan Daya Cipta Tunjang Membangun Malaysia MADANI di sini hari ini.
Menyentuh peranan rakyat dalam mengangkat darjat negara, Anwar menasihatkan agar sebarang perbincangan jumud dan lapuk dihentikan demi menyelamatkan dan melonjakkan negara daripada berada dalam situasi kelembapan.
Beliau berpandangan bahawa negara harus maju dan memberi tumpuan kepada aspek pengetahuan, penerokaan ilmu baharu dan teknologi digital melalui semangat perpaduan serta kesatuan dalam masyarakat.
“Tidak ada untungnya jika masing-masing rasa mahu menang dengan menanam kebencian dan mencerca orang lain kerana ia tidak akan memenangkan negara dalam semua aspek,” katanya.
Perdana Menteri berkata beliau mahukan supaya suatu bangsa yang hebat diangkat bukan kerana mencerca kaum lain, tetapi cerminan kebaikan daripada bicara, kepimpinan, sikap, budaya, disiplin dan integriti.
Beliau mahukan supaya perkara-perkara ini ditekankan, kerana sifat mencerca kaum lain sama sekali tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan negara.
“Tidak menang kita dengan sorakan menghina orang lain, melainkan dengan integriti, kewibawaan dan keterampilan kita,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked