ANWAR SERU HENTI PERTELINGKAHAN ISU BAHASA, TUMPU BINA MASA DEPAN ANAK MALAYSIA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berkaitan isu bahasa dan kembali menumpukan usaha membina masa depan anak-anak negara yang lebih berdaya saing serta bersatu padu.
BENTONG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berkaitan isu bahasa dan kembali menumpukan usaha membina masa depan anak-anak negara yang lebih berdaya saing serta bersatu padu.
Beliau berkata pendekatan pendidikan pelbagai bahasa yang dilaksanakan kerajaan tidak bertujuan menafikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, sebaliknya bagi memperkukuh perpaduan nasional serta menyediakan peluang saksama kepada semua murid untuk menguasai pelbagai bahasa.
Menurut Anwar, keupayaan menguasai lebih daripada satu bahasa merupakan aset penting dalam menghadapi cabaran global dan meningkatkan daya saing generasi muda, tanpa menjejaskan asas identiti nasional.
“Kita tidak mahu lagi pertelingkahan antara kaum yang tidak berkesudahan dalam soal bahasa. Keutamaan kita adalah meningkatkan mutu kehidupan dan menjamin masa depan anak-anak kita.
“Mereka perlu bersedia untuk bersaing bagi mendapatkan pekerjaan bukan sahaja dalam negara, malah di rantau Asia dan di peringkat global. Sebab itu penguasaan bahasa, sains, matematik, digital dan kecerdasan buatan (AI) perlu diterapkan sejak peringkat awal persekolahan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Tionghua di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Perting di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman.
Anwar berkata usaha meningkatkan kualiti pendidikan perlu dilihat sebagai agenda nasional yang melangkaui perbezaan kaum, dengan semua pihak memberi tumpuan kepada penambahbaikan sekolah, latihan guru serta penyediaan kemudahan yang mencukupi.
Beliau turut menegaskan bahawa sebarang perbezaan pandangan berkaitan pendidikan boleh dibincangkan secara matang, namun fokus utama tidak seharusnya terpesong daripada matlamat menjadikan pendidikan sebagai alat penyatuan dan pemacu kemajuan negara.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM13.5 juta bagi pelaksanaan projek penambahbaikan serta penyediaan kemudahan tambahan di SJKC Perting, dengan RM300,000 diluluskan segera bagi membolehkan kerja awal dimulakan.
Beliau berkata peruntukan itu disalurkan sebagai sebahagian persediaan bagi kemasukan murid prasekolah berumur lima tahun dan murid Tahun Satu berumur enam tahun (secara sukarela) bermula tahun depan.
“Saya berharap semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat terus memberikan sokongan agar sekolah ini dapat menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain,” katanya.
Untuk rekod, peruntukan tersebut melibatkan pembinaan sebuah bangunan tambahan enam bilik darjah bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta satu bilik darjah Prasekolah Integrasi di SJKC Perting.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager