CEDERAKAN WARTAWAN SUKAN, PENGHANTAR BARANG DIDENDA RM2,000
Seorang penghantar barang didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan wartawan sukan Haresh Deol yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), November tahun lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang penghantar barang didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan wartawan sukan Haresh Deol yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), November tahun lepas.
Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Krishnan, 37, dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda berkenaan.
Krishnan didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu terhadap Haresh Singh Chain Singh, 44, di depan Bangunan Tanjung Balai Group, Jalan Telawi 3, Bangsar di sini pada 3.10 hingga 3.32 petang 25 Nov 2025.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Haresh yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13 menerusi hantaran di laman X memaklumkan telah diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya manakala seorang lagi merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit.
Berdasarkan fakta kes, editor Twentytwo13 itu didatangi tertuduh dan seorang lagi lelaki yang berpura-pura sedang bercakap di telefon ketika berjalan di kawasan berhampiran tempat letak kereta di Bangsar Village 3.
Haresh yang semasa itu baru pulang dari sebuah restoran berasa tidak selamat dan cuba melarikan diri, dikejar lelaki terbabit namun terlanggar seorang pejalan kaki sehingga terjatuh di bahu jalan sebelum dipukul pada bahagian muka dan badan.
Individu yang masih bebas memberitahu mangsa supaya tidak mengganggu isterinya dan apabila ditanya siapa yang dimaksudkan, dua lelaki itu melarikan diri.
Haresh mengejar dua lelaki itu dan mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan bukti selain kejadian turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) serta disaksikan orang awam.
Mangsa kemudiannya bergegas ke pondok polis berhampiran untuk bantuan dan doktor Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengesahkan dirinya mengalami kecederaan tisu lembut serta lebam pada batang hidung, cuping telinga kanan serta dada.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan sebagai pengajaran kepada tertuduh serta orang ramai untuk tidak melakukan kesalahan sama.
“Pengadu diserang dan dipukul secara terang-terangan pada siang hari. Tertuduh serta seorang lagi lelaki yang masih bebas memang sengaja mahu memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan.
“Perbuatan ini menimbulkan ketakutan kepada orang ramai untuk berjalan di tempat awam. Sekiranya mahkamah memberi hukuman ringan, penjenayah tidak akan gentar untuk melakukan kesalahan sama,” katanya.
Peguam Mohamad Salihen Mastor memohon hukuman denda minimum kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menanggung lima anak serta ibu, tiada rekod kesalahan lampau dan menyesal dengan perbuatan itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager